Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintah Muhammad Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Perak sehingga tempoh selama mana yang diperkenan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.